Tuesday, August 22, 2017

Karma / Karmaphala / Karmapala

Salam petang buat semua pembaca.
Petang ni terlintas untuk saya menulis berkaitan perkataan KARMA
Saya melihat ramai yang menyebut atau menulis tentang KARMA atau selalunya diistilahkan HUKUM KARMA.
Adakah saudara/ri faham erti kata KARMA yang sebenarnya.



Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, KARMA bermaksud "semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia"

Karmapala atau Karmaphala merupakan salah satu daripada 5 keyakinan dalam agama Hindu iaitu Kryamana Karma Phala yang bermaksud perbuatan yang dilakukan pada kehidupan ini akan dibalas pada kehidupan akan datang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.  Jika dilakukan perbuatan yang baik,  maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu.  Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.


Saya harap saudara/ri faham maksud sebenar perkataan KARMA ini.
Sekarang saya ingin bertanya kepada saudara/ri semua, adakah tertulis dalam Al-Quran atau Alkitab tentang perkara ini? Adakah ia selari dengan ajaran agama Kristen ataupun Islam?
Apakah dalam dua agama ini ada menyebut tentang kelahiran semula atau pembalasan dalam kelahiran semula.

BERFIKIRLAH SEBELUM MENGGUNAKAN SESUATU PERKATAAN

Setiap kita ada kepercayaan dan agama. Setiap kepercayaan dan agama ada garis panduan tersendiri. Selamilah agama kita. 

Saya tamatkan penulisan saya setakat ini. Jika terdapat salah dan silap dalam artikel ini, saya menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf daripada saudara/ri semua. Saya bukan alim ulama. Saya juga bukan pastor di gereja. Bukan juga pengkaji agama. Saya cuma seorang insan biasa.

Sekian.