Tuesday, September 12, 2017

~SEJARAH SK NANGA DAYU JULAU~

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA DAYU JULAU


Logo Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu


Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu Julau adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pendalaman (P2) dalam daerah Julau. Pada awalnya sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1977 di tempat berdekatan dengan rumah panjang Sungai Merah. Ia dibina dengan usaha PIBG serta menggunakan sumber yang ada seperti atap nipah, lantai dan dinding buluh.

Namun pada tahun 1982, sekolah ini telah berpindah lokasi iaitu di muara Sungai Dayu yang disebut juga Nanga Dayu oleh penduduk setempat sempena dengan namanya sekarang. Pada masa ini bangunan serta parasarana sekolah telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan. Pada mulanya sekolah ini hanya ada tiga kelas sahaja. Namun dengan adanya penambahan pelajar dan perubahan dasar, akhirnya pada Tahun 1994, SK Nanga Dayu telah mempunyai enam buah bilik darjah. 

Tahun demi tahun Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu Julau umpama bunga mekar berkembang. Sejarah baharu bermula dengan pembinaan makmal komputer serta janakuasa 24 jam pada tahun 2007. Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan DR. Mohamad Fuad juga telah mengorak satu lagi langkah di mana 2 unit rumah guru pasang siap telah didirikan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan masalah kekurangan rumah guru yang sedia ada.
  
Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu Julau setanding dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Julau dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Sekolah ini pernah mendapat Anugerah New Deal pada tahun 2010 dan ini merupakan sejarah bagi sekolah tersebut. Pencapaian akademiknya juga sangat membanggakan di mana sekolah ini pernah melahirkan pelajar 5A dalam peperiksaan UPSR iaitu seorang pada tahun 2008, seorang pada tahun 2010, 2 orang pelajar pada tahun 2011 dan seorang lagi pelajar pada tahun 2015. Manakala dalam bidang kokurikulum pula, ada juga pelajar yang pernah mewakili daerah dan bahagian dalam sukan MSSR dan juga mewakili negeri dalam sukan MSSM.
  
Adik Nadia Anak Jaman
Pemenang pingat emas lompat jauh 12TKB sukan MSSM 2017

Sekolah ini pernah dipimpin oleh beberapa orang guru besar. Berikut merupakan senarai guru besar yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu.
i. Encik Peter Lau Yew Huo (Tahun 1977-1978)
ii. Encik Kadum Anak Melaka (Tahun 1979-1982)
iii. Encik Spencer Ragi (Tahun 1983-1985)
iv. Encik Gaie Anak Janting (Tahun 1986-2002)
v. Encik Awing@Pawing Anak Danggih (2003-2005)
vi. Encik Nasir bin Masani (Tahun 2005-2016)
Guru besar yang sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu pada masa ini ialah Encik Juna Anak Jelani.

Kawasan sekolah terkini.





cikgudave_sknangadayu_2017

Tuesday, August 22, 2017

Karma / Karmaphala / Karmapala

Salam petang buat semua pembaca.
Petang ni terlintas untuk saya menulis berkaitan perkataan KARMA
Saya melihat ramai yang menyebut atau menulis tentang KARMA atau selalunya diistilahkan HUKUM KARMA.
Adakah saudara/ri faham erti kata KARMA yang sebenarnya.



Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, KARMA bermaksud "semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia"

Karmapala atau Karmaphala merupakan salah satu daripada 5 keyakinan dalam agama Hindu iaitu Kryamana Karma Phala yang bermaksud perbuatan yang dilakukan pada kehidupan ini akan dibalas pada kehidupan akan datang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.  Jika dilakukan perbuatan yang baik,  maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu.  Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.


Saya harap saudara/ri faham maksud sebenar perkataan KARMA ini.
Sekarang saya ingin bertanya kepada saudara/ri semua, adakah tertulis dalam Al-Quran atau Alkitab tentang perkara ini? Adakah ia selari dengan ajaran agama Kristen ataupun Islam?
Apakah dalam dua agama ini ada menyebut tentang kelahiran semula atau pembalasan dalam kelahiran semula.

BERFIKIRLAH SEBELUM MENGGUNAKAN SESUATU PERKATAAN

Setiap kita ada kepercayaan dan agama. Setiap kepercayaan dan agama ada garis panduan tersendiri. Selamilah agama kita. 

Saya tamatkan penulisan saya setakat ini. Jika terdapat salah dan silap dalam artikel ini, saya menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf daripada saudara/ri semua. Saya bukan alim ulama. Saya juga bukan pastor di gereja. Bukan juga pengkaji agama. Saya cuma seorang insan biasa.

Sekian.