Kenapa guna Polis tidak guna Askar, Persoalannya adalah :-
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang
dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung
sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva
Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh
bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk
polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup
sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita
tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina.
Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana
nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini?
Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on
TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera
ambil alih sudah jadi kes lain.Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka
LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Dengar cerita
darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna
tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja
(kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu-
tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh
Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan
telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambaham. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis.
Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd
Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan
perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam
iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh combatant
Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit
dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi
tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.Tiada ada
negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah
Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya
dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi
sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya
sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang
berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai
sempadan).
>sumber<
No comments:
Post a Comment