KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini. [sumber]
*jan lupa undi blog biringmenaning. klik cni. undi anda amat diperlukan. thnxssss.
Terdapat beberapa pemain dari Asia Tenggara yang telah mencuba nasib merekadi luar negara, walaupun kebanyakan hanya bermain untuk kelab-kelab yang lebihrendah di seluruh Eropah. [sumber]
>jom lah undi player M'sia, Nazmi Faiz.
*jan lupa undi blog biringmenaning. klik cni. undi anda amat diperlukan. thnxssss.
GEORGETOWN: Akibat tidak dapat menerima hakikat kekasihnya meninggal dunia, seorang lelaki memeluk dan enggan melepaskan mayat teman wanitanya hampir sejam selepas mangsa terjatuh dari tingkat 17 sebuah flet di Batu Uban di sini, awal pagi semalam. [sumber]
*jan lupa undi blog biringmenaning. klik cni. undi anda amat diperlukan. thnxssss.
KOTA KINABALU 25 Jan. - Tiga beranak, termasuk satu pasangan suami isteri dibunuh kejam oleh sekumpulan 11 lelaki yang bersenjatakan parang di rumah mereka di Kalumpang, Semporna, Ahad lalu, dipercayai bermotifkan membalas dendam dan hutang.
"Suspek utama iaitu Amin Hatai, 37, dan dua rakannya telah ditahan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian itu. [sumber]
~cam bikin takut plak kes2 bunuh ni..smakin bnyak...huhuhu
*jan lupa undi blog biringmenaning. klik cni. undi anda amat diperlukan. thnxssss.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila kepalanya berkecai ketika cuba memeriksa satu daripada tiga bunga api disangkakan tidak berfungsi, tetapi meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Seputeh, Luyang, di sini, awal pagi kelmarin. [sumber]
KANGAR: Tindakan kreatif seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang 'mencipta, penculikan sendiri' membawa padah apabila dia dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya sendiri, malam Sabtu lalu. [sumber]
org risau dia kna culik, dia plak p buat crta kna culik, pastu p honeymoon.huhuhu....cian parents dia.
CHINA – Siapa sangka gadis yang dianugerahkan Tuhan dengan rupa paras yang cantik menawan sanggup menjadi pengemis jalanan di sebuah ibu kota besar China, yang padat dengan penduduk.
Tindakan gadis cantik yang mengemis di jalanan itu telah menarik minat seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Shinzokasuka’ yang merakam dan memuat turun kejadian itu di laman web, Youtube.com, yang kemudiannya menjadi perbualan hangat di forum-forum serata dunia khususnya di China.
Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 35,000 orang dari seluruh dunia telah menonton video tersebut di laman web berkenaan dan insiden tersebut telah menjadi perbualan hangat di beberapa forum terkenal seperti, Chinapage.org dan Forum.Vivanews.com.
Video tersebut memaparkan seorang gadis mengemis di sebatang jalan yang sibuk tanpa mempedulikan orang ramai yang memberi perhatian padanya.
Gadis itu hanya mampu tertunduk malu ketika dia dirakam mengemis dan ketika disapa orang ramai yang cuba bertanyakan sesuatu, dia hanya membisu seribu bahasa.
Salah seorang penonton video tersebut menterjemah apa yang dikatakan oleh individu yang merakamkan video tersebut.
“Kami terkejut dalam menemui seorang gadis cantik yang menjadi pengemis di tepi jalan.
“Dia menulis di atas jalan, ‘tolong…perlukan duit untuk makan dan tambang bas, terima kasih,” kata perterjemah video tersebut yang menggunakan nama samaran ‘Cwenhan’.
Tambahnya lagi, orang ramai yang melalui jalan tersebut turut bersimpati dan memberikannya beberapa keping syiling kepadanya.
“Apa yang membuatkan seorang gadis cantik meminta duit sebegitu rupa?” katanya mempersoalkan tindakan gadis tersebut.
Rakaman video tersebut mencetus pelbagai spekulasi dari penonton-penonton yang berpendapat bahawa gadis tersebut terdesak mencari wang untuk membayar yuran persekolahan adiknya, namun ada pula yang menyatakan ia hanya helah untuk mencari wang secara mudah.
Laman web thdonline.wordpress.com berpendapat bahawa gadis tersebut mungkin cuba mempedaya orang ramai memandangkan adalah aneh bagi seorang gadis yang cantik untuk mengemis di jalanan dan memalukan dirinya.
Malah menurut laman web itu, meskipun budaya mengemis menjadi satu kebiasaan di negara Tembok Besar itu, namun ia menimbulkan pelbagai tandatanya di seluruh dunia mengenai keperluan gadis tersebut sehingga terpaksa meminta sedekah.
Ekoran itu, pelbagai tanggapan buruk telah dilontarkan kepada gadis tersebut.
“Ramai orang di dalam forum mengatakan sesuatu yang buruk terhadap gadis tersebut, kata mereka ia sepatutnya menjadi pelacur dari meminta sedekah di tepi jalan,
“hmm, saya rasa saya menggunakan pendapat yang ‘baik’ itu kerana perkara ini diperbincangkan di semua tempat di internet, bukan hanya di dalam Forum-forum di China.” katanya. [sumber]
PATTAYA – Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.
Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.
Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.
Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.
Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. [Sumber]
*klo korang faham bhs yg digunakan dlm video ni... ignore ja...jan bnyak songeh
salam smua. baru ja kita masuk 2012. hepi nu yer smua. blum tlambat lg kan? baru ari ni ada mod mau update blog. slpas bercuti. korang smua cam? blog korang cam? masi cam 2011? masi awal bha kan? blog ni pun blum da prubahan lg. header ja. mau kasi keci ckit.
kpd yg bcuti ari tu (speselly student maktab), xda cerita mnarik ka cuti? klau aku rilex ja....hehehe
cam besa. klau thn baru azam pun baru. apa azam korang taun ni? xda yg brazam mau p bulan ka? hahahaha... gurau sja bha. x pandai sudah update blog...huhuhu.
tahun ni kitorang masuk sem 5 degree suda. tinggal 2 tahun lg mau habis pngajian.
tu ja la tuk 1st ntri ni. ngam2 1 tahun sudah blog ni. thnxs kpd smua yg bg sokongan. thnxs bebanyak.