Friday, March 2, 2012

~Penulis Minta Maaf Kepada Masyarakat Iban~

Penulis Minta Maaf Kepada Masyarakat Iban

KUALA LUMPUR – Penulis sebuah artikel yang dianggap menghina masyarakat Iban telah memohon maaf atas tindakannya. Henry Ng telah menulis artikel “Of Skulls and Sago Worms” (Tentang Tengkorak dan Ulat Sagu) yang diterbitkan dalam Asian Beacon, sebuah majalah Kristian keluaran Februari-Mac 2012.

“Saya silap dalam menulis artikel itu…dan kesal kerana menyinggung perasaan masyarakat Iban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Henry memohon maaf kepada masyarakat berkenaan dan mana-mana pihak lain yang tersinggung dengan artikel itu. Artikel itu dikatakan menyentuh adat makan dan isu moral masyarakat Iban.

No comments: