Tuesday, January 24, 2012

~Gadis Cantik Mengemis~

Gadis Cantik Terpaksa Mengemis Di China

CHINA – Siapa sangka gadis yang dianugerahkan Tuhan dengan rupa paras yang cantik menawan sanggup menjadi pengemis jalanan di sebuah ibu kota besar China, yang padat dengan penduduk.
Tindakan gadis cantik yang mengemis di jalanan itu telah menarik minat seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Shinzokasuka’ yang merakam dan memuat turun kejadian itu di laman web, Youtube.com,  yang kemudiannya menjadi perbualan hangat di forum-forum serata dunia khususnya di China.
Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 35,000 orang dari seluruh dunia telah menonton video tersebut di laman web berkenaan dan insiden tersebut telah menjadi perbualan hangat di beberapa forum terkenal seperti, Chinapage.org dan Forum.Vivanews.com.
Video tersebut memaparkan seorang gadis mengemis di sebatang jalan yang sibuk tanpa mempedulikan orang ramai yang memberi perhatian padanya.
Gadis itu hanya mampu tertunduk malu ketika dia dirakam mengemis dan ketika disapa orang ramai yang cuba bertanyakan sesuatu, dia hanya membisu  seribu bahasa.
Salah seorang penonton video tersebut menterjemah apa yang dikatakan oleh individu yang merakamkan video tersebut.
“Kami terkejut dalam menemui seorang gadis cantik yang menjadi pengemis di tepi jalan.
“Dia menulis di atas jalan, ‘tolong…perlukan duit untuk makan dan tambang bas, terima kasih,” kata perterjemah video tersebut yang menggunakan nama samaran ‘Cwenhan’.
Tambahnya lagi, orang ramai yang melalui jalan tersebut turut bersimpati dan memberikannya beberapa keping syiling kepadanya.
“Apa yang membuatkan seorang gadis cantik meminta duit sebegitu rupa?” katanya mempersoalkan tindakan gadis tersebut.
Rakaman video tersebut mencetus pelbagai spekulasi dari penonton-penonton yang berpendapat bahawa gadis tersebut terdesak mencari wang untuk membayar yuran persekolahan adiknya, namun ada pula yang menyatakan ia hanya helah untuk mencari wang secara mudah.
Laman web thdonline.wordpress.com berpendapat bahawa gadis tersebut mungkin cuba mempedaya orang ramai memandangkan adalah aneh bagi seorang gadis yang cantik untuk mengemis di jalanan dan memalukan dirinya.
Malah menurut laman web itu, meskipun budaya mengemis menjadi satu kebiasaan di negara Tembok Besar itu, namun ia menimbulkan pelbagai tandatanya di seluruh dunia mengenai keperluan gadis tersebut sehingga terpaksa meminta sedekah.
Ekoran itu, pelbagai tanggapan buruk telah dilontarkan kepada gadis tersebut.
“Ramai orang di dalam forum mengatakan sesuatu yang buruk terhadap gadis tersebut, kata mereka ia sepatutnya menjadi pelacur dari meminta sedekah di tepi jalan,
“hmm, saya rasa saya menggunakan pendapat yang ‘baik’ itu kerana perkara ini diperbincangkan di semua tempat di internet, bukan hanya di dalam Forum-forum di China.” katanya. [sumber]

3 comments:

Amanda Gaby Peter said...

ok jg pn pakaian dia..

Ang'Gau said...

kna halau dari rumah kali~hahaha

saya cello191 said...

dia tak taw nk buat pe kot~~
jd model je la..^^