Saturday, August 6, 2011

~Misi Balas Dendam~

Glory...!!! Glory...!!! Man Utd...!!!
Man Utd jumpa Man Ct bsuk...
alaaa...korang pun tau bha kan


jom kita tgok apa kata star Man Utd...


Rooney anggap jumpa City aksi buka tirai EPL jadi motivasi unggul

LONDON: Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney percaya pertembungan derby Perisai Komuniti, esok menentang Manchester City memberi peluang buat Red Devils membuktikan kemampuan mereka untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

"Kamu tidak akan dapat dorongan motivasi yang lebih baik untuk memulakan musim ini dengan ‘letupan’,” kata Rooney. “Ia adalah cara yang hebat untuk memulakan latihan pra-musim, mengetahui pada akhir kerja keras nanti, sebelum kempen bermula, ada perlawanan derby Manchester.
"Bertemu City dalam Perisai Komuniti adalah perkara yang baik untuk bermula. Saya tidak pernah berfikir mengenainya sehingga saya membuka televisyen malam sebelum itu dan seseorang mengatakan ia berpotensi untuk menjadi perlawanan Perisai Komuniti paling baik."

Pertembungan di Wembley juga bagaikan ulangan perlawanan separuh akhir Piala FA musim lalu yang menghadiahkan kemenangan buat City menerusi jaringan tunggal Yaya Toure yang menjadi penanda aras buat skuad bimbingan Roberto Mancini untuk menamatkan ketandusan trofi sejak 35 tahun lalu sebelum menundukkan Stoke di final.

Mancini dan pemainnya kini mempunyai sasaran baru untuk merampas takhta yang dipegang United dan kedua-dua pasukan pasti bersemangat untuk melancarkan serangan psikologi di Wembley.

Rooney mengakui City yang menamatkan saingan EPL musim lalu dengan catatan sama dimiliki Chelsea tampak lebih berbahaya dengan beberapa kemasukan baru seperti penyerang Sergio Aguero dan pertahanan Gael Clichy dalam skuad itu, musim panas ini.

"Nama-nama yang mereka dapatkan memang besar namun kami tidak boleh menumpukan kepada mereka. Kami perlu fokus dengan kerja kami. 
"Apabila kamu berada dalam kelab seperti United, kamu pasti tahu apa pentingnya gol. Kami mahu menjuarai liga, Liga Juara-Juara dan kedua-dua piala. Ia mudah.

"Secara jelas, kadang kala kamu akan jatuh seketika namun di United, kamu perlu terus berjuang. Namun dengan berkata demikian, kamu juga tahu City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan mungkin Spurs pasti akan berjuang bermati-matian dengan sasaran yang sama. Apa yang boleh kami lakukan ialah terus meningkat dan cuba untuk mengekalkannya." – Agensi





[anggau]

No comments: